Salam Sejahtera buat semua pengunjung RekaBLOG. Entry yang pertama ni biar aku ceritakan sejarah aku mula 'berblogging'. Kalau tak silap aku, blogspot ni dah banyak membantu mengembangkan perniagaan online yang aku ceburi. So, sejak awal tahun 2000 lagi aku dah mula ada blog tapi fungsinya hanyalah sebagai platform untuk buat bisnes online je. Tak lebih dari itu.
Kemudian dalam tahun 2005, klo tak silap aku lah.. masa tu FACEBOOK dah mula popular dan perlahan-lahan aku mula mengalihkan tumpuan pelanggan-pelanggan online ku dari platform BLOGSPOT dan FORUM kepada Facebook. Konon ikut trend semasa lah tu.
Lama jugalah aku hanya menumpukan perhatian pada Facebook ni sebagai platform untuk perniagaan online yang aku jalankan. Blogspot dan Forum semakin jarang aku terjah. Offline market pun masa tu agak membuatkan aku selesa untuk tidak mengupdate sesuatu dalam forum dan blog. Malah facebook juga setakat jadi tools social network je.. lebih2 pun layan Games Farmville.. hehehe
Hinggalah pada tahun lepas (2010).. tika wife aku mula nak serius 'all-out' dengan dunia solekan dan andaman yang diceburinya secara Trial & Error sejak tahun 2005. Pengalaman aku dalam dunia marketing dan graphic artist memberi sedikit kelebihan untuk aku 'apply' apa yang patut untuk memasarkan servis make-up artist yang wife aku minat sesangat ni.
Pada mulanya agak janggal juga nak develop business yang bukannya menjadi kepakaran aku ni. Wife aku menyandarkan 100% kepercayaan untuk aku membantu menaikkan perniagaannya secara online. Oh... cabaran untukku bermula semenjak dari hari itu. Pening wooo kepala.. macam-macam aku fikirkan.. Semua blog dan website make-up artist jadi bahan rujukan ku..
Atas kurniaan dan pedoman dari yang Maha Esa.. (Thank You ALLAH!), maka sejarah aku berblogging pun bermula.. Dari sekian banyak rahsia blogging aku research.. maka terciptalah Blog Asnita Beauty Creations. Kepakaran gaya penulisan ku yang dah lama diperapkan sejak tamat zaman persekolahan kembali ku asah dan kuperbaiki.
Tapi apakah arah tuju ku sebagai BLOGGER? Hurmmm.. banyak lagi rupanya aku nak kena belajar. SEO lah.. Keywords lah.. Increase Traffic lah.. itulah inilah..Pelan-pelan le belajo nampak gayanya.. Oklah cukuplah setakat tu introduction untuk RekaBLOG ni..






No comments:
Post a Comment